ini aku

indahnya iman jika disertai keimanannya.....indahnya hati jika disertai keikhlasannya...indahnya rupa jika disertai wuduknya... indahnya jiwa jika disertai kesuciannya...indahnya agama jika adanya kesemuanya di atas....

klik-klik

my visitors

Free counters!

Followers

Saturday, December 5, 2009

disini bermula....aku adalah aku......





aku....adalah aku.....
aku bukan orang lain.....aku juga bukan milik orang lain.....

aku tetap milik diri aku.....

hidup aku...??

errrmmmmmmmmmm.....hidup aku hanya aku yang tahu.....

sama ada susah....mahu pun senang......

bagaimana aku mencorakan hidup aku....

yang sendiri juga tetap aku....

yang sepi itu juga tetap aku...

yang menjadi lukisan hidup aku...tetap aku....

yang mencantikkan lukisan itu...juga tetap aku.....

yang memburukkan lukisan aku itu juga aku...tetap aku....

bagaimana aku mewarnai hidup aku....

adakah berwarnakah?atau pun...sekadar lukisan pensil kah?

itu juga hanya aku yang tahu......

aku tetap aku.....

aku lah insan kerdil...yang kerdil di bumi Allah ini.....

Wednesday, December 2, 2009

seloka- tutup aurat satu tuntutan


jangan lupe tutup aurat tau.....



Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib di tekankan,
Kalau tidak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan..


Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skaf,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun "make up"..


Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung..


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang yang memandang boleh bertaubat..


Pakaian moden memang lah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
orang yang melihat pun tidak dapat berkat..


Berseluar ketat..baju pun ketat,
Jarangnya pula boleh dilihat,
orang yang memakai terus dilaknat..
Oleh Allah,Rasul dan Juga Malaikat..


Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung...

Lagi lah aneh bila di pikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir...

Menutup aurat boleh berfesyen,
tetapi jangan menunjukkan eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
kalau di laknat tak guna se sen...


Kalau nak make up biar lah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Winyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan..


Kasut tinggi cuba jauhi,
kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Pebuatan ini dibenci Illahi,,,


Apatah lagi menghentakkan kaki,
menarik perhatian kaum lelaki,
melengok-lengokkan punggung mengoda hati,
Ustaz yang melihat pon separuh mati...


Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung islam tersembol...


Seloka ku ini bukan lah jahat,
Hanya sekadar mahu peringgat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat...


Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertanggung ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji...


Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tidak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri....


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Kesana kesini di lindungi Tuhan,
Keluarga kita jadi contoh tauladan...


Setakat ini seloka saya,
harap dapat menghibur hati,
Benda yang baik harus lah di ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.....

Sunday, November 29, 2009

hak suami keatas duit isteri...




Kepada mereka yang dah kawin dan nak merancang untuk berkawin

Hak suami ke atas duit isteri
Assalamu'alaikum Ustaz,
Harap ustaz dapat jawab kemusykilan saya secara private. Semasa saya
kursus kahwin, ustaz di kursus tersebut kata duit suami adalah duit
isteri jugak, tetapi duit isteri hak isteri. So, adakah maknanya di sini
saya boleh membelanjakan duit gaji saya tanpa meminta kebenaran suami?
Sebab ada rakan lelaki sya berkata duit isteri pun, perlu mintak
kebenaran suami jika nak beli apa-apa. Harap ustaz boleh jawab.
terimakasih.


Wa'alaikumussalaam Warohmatullah
Hak memberi nafakah kepada isteri dan anak2 adalah tanggungjawab suami.
Suami tiada hak untuk memerintahkan isteri keluar bekerja, menjadi
kesalahan dari segi syarak jika ia berbuat demikian. Tetapi apa yang
boleh si suami boleh lakukan ialah meminta bantuan, jasa baik,
understanding dari isteri supaya membantu dia, dengan si isteri keluar
bekerja untuk meringankan beban kewangan. Dari itu, understanding dari
pihak isteri amat diharapkan, kerana hidup berumahtangga....susah senang
sama-sama merasainya. Jangan ada semacam perasan yang boleh membebankan
suami dengan si isteri tetap tidak mahu membantu, tetap dengan kehendak
suami mesti memenuhi segala kewajipan dia. Si suami pula, jika isteri
sudah membantu, hargailah pengorbanan dan jasa baik isteri, sedia
membantu isteri dalam kerja dalam rumah. Barulah bahagia hidup, hingga
ke syurga.


Syarak melarang suami yang kaya atau yang berkemampuan membenarkan
isteri keluar bekerja. Perbuatan ini amat tercela dalam Islam. Isteri
tempatnya dirumah suami, menjaga rumahtangga dan anak-anak. Banyak orang
tersalah tafsir dengan membenarkan isteri keluar bekerja. Sebenarnya,
syarak hanya membenarkan isteri keluar bekerja apabila suami kurang
berkemampuan dari segi kewangan. Suami yang mampu, tidak boleh
mengizinkan isteri keluar bekerja, hatta apapun alasannya. Alasan boring
ke, anak-anak dah besar tidak ada apa nak buat, semuanya tertolak. Kalau
boring, baca Qur'an, khatamkan Qur'an, zikir, muhasabah diri, ingat mati
lebih dari keluar bekerja. Boleh juga buat kerja kebajikan secara suka
rela dengan izin suami, seperti cari dana rumah anak yatim, beri
kaunseling penagih dadah, apa sahaja usaha yang menuju ke khairah ummah.
Saya menolak pendapat "ustaz" kursus rumahtangga itu yang berkata duit
isteri...isteri punya, jika isteri bekerja untuk membantu beban
kewangan.


1)Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta
ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak,
suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri
untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan
beban kewangan.

2)Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar
bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit
itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami
pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri
apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.
Muafakatlah,kerana ia membawa berkat.

Saya harap saudari faham akan penjelasan saya. Kalau isteri kaya, si
suami pula miskin, si isteri boleh memberikan zakat harta atau zakat
fitrah kepada suami.
Wallaahu a'lam.
Syukran.

Friday, November 27, 2009

6 perkara yang Allah sembunyikan





Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan..... ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam


Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Tuesday, November 24, 2009

kita harus mengubah cara hidup kita

assalammualaikum....
Kepada sahabat2 insan kerdil sekalian...
Disini insan kerdil ingin bertanya pada kalian...
Cukupkah pendapatan bulanan kalian?boleh kah kalian menjana kumpulan wang simpanan untuk masa depan kalian?dan mampukah kalian membantu keluarga kalian?bagaimana pula dengan perbelanjaan bulanan kalian?mesti cukup perit untuk kalian tanggung bukan?
Dalam hidup ini...hanya diri saya n diri kalian sahaja yg boleh mengubah nasib kita masing-masing...


Mulakn pada saat dan ketika ini...jika didorongkan olehnya...kalian akan terpanggil dengan kenyataan saya ini....
Cuba kita lihat...di malaysia...majoriti ialah orang melayu...betol kn?tapi siapa yang memonopoli ekonomi negara kita ini?kalian semua mesti sudah sedia maklum kan?tentunya kaum cina...
Ok....saya ingin bertaya pada kalian?adakah kalian pernah terfikir bagaimana caranya untuk kalian berjaya seperti mereka?dan sampai bilakah kita ini ingin berada dibawah?di dalam negara kita sendiri?
Tentunya kalian tidak mahu bukan?dan tentunya kalian juga mahu berjaya seperti mereka bukan?tapi bagaimana?tentunya itu la soalan yang sering bermain di minda kalian?bukan?
Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya pada kalian...dan mungkin ada dikalangan kalian ingin berjaya seperti saya dan rakan-rakan saya yang lain bukan...?
Jadi mulakan lah dari saat dan detik ini...
Jika kalian berminat untuk mengetahui bagaimana saya berjaya...?anda berikan comment di blog saya ini...dan saya akan membantu kalian...insyaallah....anda tidak perlu takut untuk berjaya...usaha itu teras kejayaan...anda akan nilaikanya..sama ada anda ingin berjaya atau tidak...tepuk dada tanya selera...wassalam

Wednesday, November 18, 2009

SEJARAH YANG TIDAK TERDUGA

HARI INI DAN SEMALAM ADALAH PENGALAMAN.....DARI PENGALAMAN ITU AKAN MENJADI SEBUAH SEJARAH.....
ADA PERTEMUAN YANG KITA SENDIRI TIDAK AKAN DAPAT MENDUGA SEJAUH MANA IANYA AKAN TERJALIN......
PERTEMUAN YANG TIDAK DI JANGKAKAN....YANG MELANGKAUI LAUT CHINA SELATAN DAN SELAT MELAKA , ANTARA TIMUR HINGGA KE BARAT...JUGA SELATAN HINGGA KE UTARA.....
DETIK PERKENALAN ITU BERMULA...SALAM DIUCAPKAN ....KATA-KATA SAPAAN DIKATAKAN....GURAU DAN SENDA MENJADI SIULAN...KATA-KATA MESRA MENJADI PENYERI SETIAP BUAL BICARA....IKATAN MENJADI SEMAKIN ERAT....TERASA DIRI SEMAKIN DEKAT....
APABILA IKATAN PERSAHABATAN BERJAYA DI JALINKAN.....KERIDUAN KAN MULA TERASA....BAYANGAN WAJAH SERING BERBAYANG DI KERDIPAN MATA.....
BERMULALAH DETIK KEBAHAGIAAN......DIDALAM SEBUAH IKATAN PERSHABATAN.....KEIKHLASAN MULA MEMBERIKAN SEJUTA KENANGAN....KEJUJURAN MULA MENGUNTUMKAN SENYUMANNYA.....
SETIAP YANG TERJADI ITU TENTU ADA HIKMAHNYA....
JODOH PERTEMUAN AJAL MAUT ITU TENTU DARIPADA NYA.....
KITA AKAN BERUSAHA UNTUK MENDAPATKANNYA.....DAN TENTUNYA AKAN DIGUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA....PEMBERIAN MU INI....
HANYA DARI HAMBAMU .....AKU INSAN KERDIL.....

Tuesday, November 17, 2009

RESAM HIDUPKU


INILAH PERJALANAN HIDUP KU…SUATU PERJALANAN YANG BUKAN AKU PILIH….TETAPI PERJALANAN INILAH YANG HARUS AKU LALUINYA….
TETAPI INILAH TAKDIRKU………….. KADANG-KALA AKU TERFIKIR….ADAKAH AKU YANG BERSALAH DALAM HAL INI??

MUNGKIN……..TETAPI INILAH PERJALANAN HIDUPKU….DAN AKU AKUINYA….IANYA DATANG DARI MU YA TUHANKU….AKU TAHU DAN AKU SEDAR YANG DIRIMU SEDANG MENGUJI DIRI KU INI….TETAPI APAKAN DAYA KU INI UNTUK MENAHAN SEGALA DUGAAN- DUGAAN MU…YA TUHANKU…..AKU HANYA SEORANG HAMBAMU YANG LEMAH…TIDAK BERDAYA LAGI UNTUK MENERUSKAN HIDUPKU INI…..YA TUHANKU KAU BERIKAN LAH KU SATU PELUANG UNTUK AKU MEMPERBETULKAN SEGALA KESILAPAN KU DI MUKA BUMI MU INI YA TUHAN KU…..

AKU INI HANYALAH SEORANG INSAN YANG LEMAH DI MATAMU YA TUHANKU…..KU AMAT BERHARAP AGAR DIKAU AMPUNI SEGALA KESILAPAN KU DI BUMI MU INI YA TUHANKU…..AKU FAHAM DAN AKU SEDAR BAHAWA SEGALA KESILAPANKU INI AMAT LAH BERAT BAGI DIRI MU YA TUHANKU…..KU BERHARAP DIKAU DAPAT MENGAMPUNI SEGALA KESILAPAN YANG KU LAKUKAN SELAMA INI……

HANYA PADAMU AKU BERSERAH DAN HANYA PADAMU JUA LAH AKU MEMOHON KEAMPUNAN DAN KEREDAAN DARI MU YA ILLAHI…..
DARI HAMBAMU INSAN KERDIL..

HARI INI, SEMALAM DAN ESOK

HARI INI AKU GEMBIRA……HARI ESOK MUNGKIN AKU DILANDA KEDUKAAN…….MUNGKIN JUGA HARI ESOK AKU AKAN LEBIH GEMBIRA…… SETELAH HARI SEMALAM AKU DILANDA DERITA……………

KADANG-KALA AKU TERFIKIR BILA KAH AKU AKAN MERASAI APAKAH ITU SUATU KEBAHAGIAAN……???

MUNGKIN AKU TIDAK AKAN DAPAT MERASAINYA SAMPAI BILA-BILA……MUNGKIN JUA AKU AKAN DAPAT MERASAINYA PADA HARI ESOK???
HARAPAN……………YANG MUNGKIN TIDAK AKAN DAPAT KU CAPAI……
IMPIAN DAN JUGA HANYA ANGAN-ANGAN KOSONG…………TETAPI SAMPAI BILAKAH AKU TERUS MENERUS AKAN JADI BEGINI????

KENAPA???PAYAH DAN SUSAH SANGAT KAH UNTUK BERIKAN AKU PELUANG AGAR DAPAT MERASAI APAKAH ITU SUATU KEBAHAGIAN????

SEMALAM SUDAH BERLALU……HARI INI AKAN JADI PENGALAMAN BARU BUAT KU…DAN ESOK MUNGKIN AKAN ADA PENGALAMAN BARU DAN ITU SEMUA AKAN MENJADI SUATU SEJARAH DI DALAM KAMUS HIDUPKU INI………………………………

DAN INILAH AKU ………..INSAN KERDIL….

SEBUAH KEHIDUPAN

APAKAH ERTI SEBUAH KEHIDUPAN???KADANG KALA KITA TIDAK AKAN MENGERTI APAKAH ERTI SEBUAH KEHIDUPAN ITU…..DAN APAKAH ERTINYA KEHIDUPAN??

MANUSIA HANYA BOLEH MANTAFSIR DENGAN ANDAIAN MEREKA SENDIRI….KADANG-KALA APA YANG DI TERIMA TIDAK SAMA DENGAN MAKSUD SEBENAR….

JADI KITA LAH YANG AKAN MENTAFSIRKANNYA SENDIRI……..DAN ITULAH KITA SEBAGAI MANUSIA………

KEHIDUPAN INI DI IBARAT KAN SEBAGAI SATU JALAN DAN MUNGKIN PADA SESETENGAH ORANG AKAN MENGIBARATKANNYA SEBAGAI SEHELAI KAIN PUTIH….

YANG MANA KITA LAH YANG AKAN MENCORAKANNYA SAMAADA CANTIK ATAUPUN SEBALIKNYA……..

MANAKALA SATU JALAN PULA AKAN DI GAMBARKAN DENGAN PENGERTIAN BAHAWA TIDAK AKAN SEMESTINNYA JALAN ITU LURUS DAN TIDAK SEMESTINNYA BENGKANG-BENGKOK SESEBUAH JALAN ITU….JADI KITALAH YANG AKAN MENTAFSIRKANNYA…

DAN JUGA KITALAH YANG DIGAMBARKAN DENGAN ANDAIAN-ANDAIAN ITU…….DENGAN MAKSUD LAIN KITA INI TIDAK SEMESTINYA AKAN JUJUR DAN AMANAH… DAN ORANG-ORANG DISEKELILING KITA PUN PASTI ADA YANG BEGITU…MALAHAN LEBIH TERUK…

JADI DISINI KITA HARUS LAH BERJAGA-JAGA DENGAN ORANG-ORANG DI SEKELILING KITA DAN HARUS LAH SELIDIKI DAHULU SEBELUM KITA MEMPERCAYAI MEREKA..SAMA-SAMA KITA FIKIR-FIKIRKAN……

RANJAU DAN LIKU

Kita sebagai manusi biasa memang tidak akan lari dari liku-
liku dan ranjau-ranjau sebuah kehidupan…

Yang mana kita sendiri akan memaluinya dan tidak akan
dapat lari darinya….

Setiap insan pasti ada liku-liku dan ranjau-ranjau kehidupan
mereka sendiri…sama ada mudah atau payah untuk mereka
laluinya….

Tetapi kita sebagai umatnya harus lah berusaha untuk
menanganinya sebaik mungkin….

Ini lah yang di nama kan kehidupan….

Monday, November 16, 2009

KERJE.....KERJE......

nt kol jap g nk keje lak....ase malas tol le nk g keje nih....
ari2 layan bnde yang same jerk....!!!!
kje shift 24 hours lak tu.....
letih tol lew......bosannye....... :(
lapor pon ade...time musim2 ujan ni nk wat pape pon malas je asenye..huhuhu
kejje...kerje....
ape lah yang leh wat aku happy gaknye??????
bersukan??
lme da pencen..
tp tringin gak ase nk layan bola sepak lik....
perancang akan cube di kaji semula,,,,hahahahaha

ada apa dengan berok nih?


hhmmm.....???

PERANCANGAN MASE DEPAN...

kadang2 aku terpikir...ble lah aku ni nk kawin......??
huhuhuhuhuhu...
tp pas asyik kiciwa je nih....ase malas lak nk cari calon....

wanita mne la gaknye yang boleh tawan ati aku ni kn??
ati mcm batu...kahkahkah....
sesape pon xbleh tahan.... :p

idup pon susah...mati?? lom ajal lagi....huhuhu
tp lagi bgus berkawan je...kn2???
ati pon sinang....xde sikit2.... hapyy jew idup ini....kuikuikuikui

tp kn...pade pndapat aku lew...
nk cari yang btol2 kawan nih.....
1 dalam seribu...lom tntu dpt...
tol x??

klu aku punye stail senang jew...
ini mcm..
bende baik di balas baik...bnde jahat..berserah biar hanya yg ese yang tntukn...
ha...oorraiit x??
klu x...tolong tgur ye??

biar same2 berlajar ilmu idup ni...ye x??=)

penantian itu satu penyiksaan

penantian itu semestinye satu penyiksaan......

menantikan sesuatu yang mungkin milik kite??

atau milik insan lain....?


menantikan hari-hari yang indah....??

adakah hari indah untuk aku.....?

hhhmmm....hanya yang esa sahaja yang mengetahuinya....


jadi apa yang perlu kite lakukan....

hanyalah menantikan ketibaan hari-hari itu......

Sunday, November 15, 2009

suatu perjalanan


suatu perjalanan yang bukan aku pinta...

yang bukan jua aku tentukn......


kadangkala aku tidak mengerti...mengapa ini semua terjadi.....

adakah ini semua terjadi diatas salah dan silap ku??


mengapa setiap kali apa pun yang berlaku hanya aku yang di persalahkan?

apakah dosa ku?


sering kali aku tertanya-tanya pada diri ini....

adakah aku yang bersalah?


apa yang belaku di bumi mu ini....adalah atas kehendakmu....

aku ini hanya seorang insan kerdil di bumi mu ini.....


yang hanya mampu berserah pada mu....

yang hanya mampu menyusun sepuluh jari memohon kepada mu......


ini adalah perjalanan ku....

datang nya....dari ketentuan mu.....

aku bersyukur.....diatas kurniaanmu....

aku bersyukur....

kerana aku adalah hambamu.....

kerja gile

arini aku wat kerja gile iaitu....ngn xtdonye...pg2 aku cabut lik kampung....
hahahahaha....alhamdulillah...aku selamat sampai...di kampung ku....tepat jam 12 tengahari....
sok tengahari aku gerak lik pahang.......luse kje lak...huhuhuhuhu
klu nk di ikutkan aku xde off day langsung.....tp berkat usaha aku berjaya jua melarikan diri tok lik kampong gak...hahahahahahaha

Saturday, November 14, 2009

renungan.....

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" !

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"