ini aku

indahnya iman jika disertai keimanannya.....indahnya hati jika disertai keikhlasannya...indahnya rupa jika disertai wuduknya... indahnya jiwa jika disertai kesuciannya...indahnya agama jika adanya kesemuanya di atas....

klik-klik

my visitors

Free counters!

Followers

Tuesday, July 6, 2010

Akibat Tak Mandi Hadas

Renung-renungkanlah dan selamat beramal......

Assalamualaikum,

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada
masa dahulu, ada seorang lelaki sangat
alim lagi warak. Lelaki itu
menceritakan tentang suatu kejadian
ngeri yang dihadapi oleh seorang
lelaki yang tinggal sekampungdengannya
ketika menemui maut.

Selepas dikapan dan disembahyangkan,
jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah
perkuburan untuk disempurnakan
pengkembumiannya. Semasa jenazah itu
sampai di tanah perkuburan, keadaan
dan suasana di situ begitusepi sekali.

Manakala liang lahatnya sudah sedia
menanti di depan untuk
dikebumikanjenazahnya. Kemudian kaum
kerabat dan sahabat handai lelaki
berkenaan menurunkan keranda mayatnya
perlahan-lahan ke dalam liang lahad
tersebut. Apabila sahaja mereka hendak
meletakkan jenazah itu, tiba-tiba
mereka
mereka hendak meletakkan jenazah itu,
tiba-tiba mereka begitu terperanjat
apabila terlihat seekor binatang yang
sama bentuknya seperti kucing sudah
berada di dalam kubur itu.

Apabila melihat binatang berkenaan,
para jemaah terperanjat dan
tercengang. Inilah pertama kalinya
seekor binatang berada di liang lahad,
menunggu mayat dikebumikan.

Beberapa orang dari kaum kerabat cuba
menghalau binatang tersebut tapi hampa
malah binatang itu terlalu bengis dan
gerun, kukunya yang tajam mencakar-
cakar batang kayu yang dijolok ke
arahnya. Binatang itu tetap berdegil
dan terus bertahan di dalam liang itu
dengan mata yang memancar-mancar
menampakkan kebengisan laksana harimau
yang memerhatikan mangsanya.

Akhirnya kaum kerabat lelaki itu
mengambil keputusan untuk menggali
satu liang lahad yang baru bagi
mengelakkan jenazah disimpan bersama-
sama binatang misteri itu. Setelah
siap di gali dan para jemaah pun
mengangkat jenazah ke arah liang lahad
dan cuba menurunkan keranda perlahan-
lahan.

Alangkah terkejutnya mereka apabila di
dapati binatang ganjil itu sudah pun
berada di dalam lubang itu.

Setelah gagal mengusir binatang itu
buat kali keduanya, akhirnya kaum
kerabat lelaki itu mengambil keputusan
untuk mengkebumikan jasadnya dengan
binatang tersebut. Sebaik saja tanah
di timbus separuh liang lahad, para
jemaah terkejut
Bila satu bunyi yang menghairankan
keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu
seakan-akan daging dan tulang jasad si
mati itu dicakar dan dipatahkan oleh
binatang buas, bunyinya amat
menakutkan setiap yang berada di tahah
perkuburan itu.

Seorang alim lalu menemui isteri
lelaki itu dan bertanya adakah ada
perbuatan yang buruk pernah dilakukan
oleh si mati semasa hayatnya? Isteri
lelaki itu lalu memberitahu yang
suaminya merupakan seorang lelaki yang
baik budi pekertinya, tetapi sepanjang
perkahwinan mereka suaminya itu tidak
pernah menyucikan dirinya
dengan 'mandi hadas'setiap kali
selepas melakukan persetubuhan.

Dalam riwayat lain, orang yang tidak
mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia
mati, mereka ini akan diberikan
pakaian hina dan terlaknat dari neraka.

Mandi junub adalah satu mandi yang
sangat dituntut dalam islam. Walaupun
sesetengah orang kita memandangnya
remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak
kurang pedih dan kalau hendak merasa...

sila-silakanlah..

Wassalam