ini aku

indahnya iman jika disertai keimanannya.....indahnya hati jika disertai keikhlasannya...indahnya rupa jika disertai wuduknya... indahnya jiwa jika disertai kesuciannya...indahnya agama jika adanya kesemuanya di atas....

klik-klik

my visitors

Free counters!

Followers

Friday, July 2, 2010

Ibadah Puasa

Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa

Hadith :

Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w.

“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan

tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat.

Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa,

dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?”

Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja,

dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup,

dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.”



(Bukhari & Muslim)


Huraian
Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar.
Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia
di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan
ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru
dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga
melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat
melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment